Friday, August 7, 2009

6 Petua Mengempiskan Perut dan Melangsingkan Badan

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..-Minum setiap pagi dan malam.-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Langsing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Langsing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.-Masukkan 1/2 gelas air.-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.-Biar mendidih dan di sejukkan.-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam-25 gm bonglai-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.

No comments:

Post a Comment