Friday, August 7, 2009

6 Petua Mengempiskan Perut dan Melangsingkan Badan

1.Kempiskan perut dengan Asam Keping.
-Ambil satu atau 2 keping asam keping dan masukkan ke dalam segelas air panas..-Biar beberapa jam sehingga asam keping menjadi kembang & air menjadi suam..-Minum setiap pagi dan malam.-Jika di amalkan selalu insyaalah perut yang buncit akan berkurangan.

2.Langsing dengan teh dan limau kasturi.
-Sebelum sarapan pagi elok di amalkan minum teh tanpa gula.-Perahkan jus limau kasturi ke dalam teh anda.

3.Langsing dengan daun cekur.
-Ambil segenggam daun cekur, tepung beras,asam jawa,gula merah, gula pasir & garam.-Campurkan kesemua bahan tadi dan di tumbuk.-Masukkan 1/2 gelas air.-Tapis dan minum selama 4 hari berturut- turut.

4.Khasiat asam jawa.
-Ramas air asam jawa dalam 1 gelas.-Masukkan air tadi ke dalam peti sejuk.-Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.-Lemak di badan pasti akan berkurangan.

5.Lansing dengan biji manjakani.
-Ambil 4 biji manjakani, 5 biji lada hitam dan 3 ulas bawang putih.-Campur kesemua bahan tadi dan di rebus di dalam periuk tanah.-Biar mendidih dan di sejukkan.-Minum air rebusan ini 2 hari berturut-turut.-Ia melansingkan badan di samping merawat luka dalaman bagi ibu yang baru bersalin.

6.Temu hitam.
-25 gm temu hitam-25 gm bonglai-Air 400 ml
-Rebus kesemua bahan tadi ke dalam air sehingga menjadi 200 ml.-Selepas suam, masukkan sedikit jus limau nipis dan minum setiap hari semasa berpantang.
Petua Kempiskan Perut

Ramai rakyat Malaysia kita ni mengalami perut buncit atau nama klasiknya boroi. Walaupun badan langsing anggun tapi perut sedikit ke depan (maju). Mungkin kerana banyak makan, mungkin juga kerana kurang buang angin.Kakak saya dapat petua dari rakan Indianya yang baru pulang dari Kerala (bercuti). Orang sana miskin dan tidak mampu untuk membeli produk kecantikkan. Kebanyakan mrk berbadan gempal ttp perut kempis atau tak sebuncit seperti kebanyakkan rakyat kita. Rahsianya mudah. Mrk amalkan minum air rebusan jintan manis + halia. Amalkan setiap hari segelas pun memadai. Sesudu besar jintan manis + seinci halia yang telah dihiris. Rebus hingga menggelagak beberapa kali (10-15 minit). Biarkan suam dan minum. Dalam tempoh 4-6 bulan perut akan susut sendiri tanpa senaman. cubalah. Mengikut kata kakak saya seminggu pertama amalkan minuman tanpa gula ini dia mengalami 'perang angin' sehingga terpaksa ke tandas untuk meredakan gerak gempur angin yang merusuh tu. Mentelah pula di Malaysia tiada tandas kedap bunyi, jadi kenalah tunggu orang tak ada baru keluar , takut malu org tahu siapa yang berbalas tembak tadi .. he he. Jadi kena fikir2 juga siapa nak cuba tu. Saya dah cuba secangkir.. rasanya tak sedap,rasa rempat. Tak per lah lain kali aja saya cuba .Lagi pun perut ni masih boleh bernafas lega Tak lah macam lukisan kartun mamak cyber di UM :) Kakak saya dah cuba 2 bulan, nampak ketara kempisnya.Kalau tak nak zipkan seluar jeans pun siksa... Kawan dia kata kalau nak susut perut kaw-kaw (cepat), goreng garam kasar dan sapu pada perut sambil amalkan air jintan. Tak atau rasa melekit ker rasa apa.. sebab kawan dia tu pun tak cuba lagi petua garam tu.. Hasil memuaskan ,duit pun selamat. Selamat mencuba. Bila langsing perut tu nak solat pun mudah dan ringan. Itu yang penting.

Sumber: Blog nije03

Thursday, August 6, 2009

Diet mengikut jenis darah

Darah terdiri daripada empat jenis iaitu A,B,AB, dan O.

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan
: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek
: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari
: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek
: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam
: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi. • Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan

Sarapan :
Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek :
Yogurt
Makan Tengahari :
Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek:
Kek keju dan teh herba
Makan Malam :
Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging. Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan :
Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek :
Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat. Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

Sumber: Yayasan dakwah islamiah
5 Neat & Easy Way to Burn Calories

You know that friend, the one who is always tapping her leg, getting up to straighten the bookshelf, the one who generally just can’t sit still? She’s likely burning an extra 200 to 300 calories a day on top of any workouts she does or the amount of calories she burns just being alive.

This process is neatly called NEAT, which stands for “NonExercise Activity Thermogenesis” (say that 5 times fast!), and it’s essential for successful weight loss. Basically, it’s the extra stuff you do, physically, all day long that adds up. Make a point to add more “neat” into your day and you can zap another 500 calories!

Here are a few ideas:
Do crunches in bed: You could burn about 20 calories in under 5 minutes just by drawing your knees to your chest 25 to 50 times, plus it strengthens your abs and gets your blood pumping.

Check out these 10 ways to boost your calorie burn

Dance around while getting dressed: Turn up the radio or listen to upbeat music on your iPod (if you can) while doing all your morning rituals—an hour of hip shakin’ can burn about 55 calories.

Tired of the belly fat? Dance it off!

Stand up! Don’t sit when you can be on your feet—you’ll burn about 40% more calories. So just take a stand—when you’re on the phone, watching kids at the playground, making small talk at a party.

Laugh: Watch something that’s consistently funny (like 30 Rock) and you could burn about 40 calories if you guffaw for 10 to 15 minutes straight.2 Minutes to a happier, healthier you!

Walk, pace, jog down the hall: In other words, MOVE! Doing little bits of activity all day—taking the stairs to use the restroom on another floor at work, doing an extra lap around the grocery store—can help you burn an additional 375 calories a day!

Source : Yahoo
Kurangkan Kolesterol dengan Lemon

Perah sedikit lemon dan campurkan dengan secamca the minyak zaitun.Amalkan meminumnya dua atau tiga hari sekali atau setiap kali mengambil makanan berkolesterol tinggi.Kesannya akan dapat dirasai dalam masa seminggu. Ia juga dapat menghilangkanpembentukan selulit.

Kelebihan Buah Lemon:

1. Lemon bertindak sebagai pembersih darah dan meningkatkan keupayaan tubuh badan menyahkan toksin.

2. Buah Lemon juga membantu melawan serangan penyakit yang berkaitan jangkitan.

3. Buy lemon to get rid of certain insects. It’s mother nature’s version of insecticides and will help to repel mosquitoes and flies

4. Some people love antiseptics and would apply it to their skin whenever they have the smallest cut. The good news is you can use lemon on cuts too since it’s nature’s antiseptics. Not only that, because of its styptics property, it is said that lemon could be applied on cuts to stop bleeding.

5. Drinking lemon juice is useful for people with heart problem - because of its high potassium content

The use of Lemon:

1. Drink fresh lemon juice to cleanse your system

2. Use pure lemon juice on wasp and bee stings to relieve pain

3. Lemon juice mixed with olive oil may help to dissolve gallstones

4. It is believed that regular intake of fresh lemons may be useful in treating cases of kidney stones

Sumber : Diari XXL